headline photo

Rakyat Malaysia diminta hayati slogan 1Malaysia - Sultan Johor

Saturday, September 17, 2011


KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta rakyat supaya menghayati slogan 1Malaysia agar mesej perpaduan yang disampaikan melalui slogan itu tercapai.
"Beta amat dukacita andainya perkataan 1Malaysia hanya dijadikan slogan untuk jenama sesuatu produk atau program tetapi tidak ada penghayatan yang jitu.
"Adakah kita benar-benar menghayati makna di sebalik 1Malaysia?. Tepuk dada tanya selera," titah baginda pada majlis makan malam Perdana Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Eksekutif SAM dan Presiden SAM Datuk Abdul Halim Sulieman.



Justeru itu, baginda menyeru rakyat pelbagai kaum di negara ini agar berpegang kepada agenda bersama yang lebih besar berbanding agenda individu. - Bernama


0 comments:

Suka blog ni !