headline photo
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Ikan Jerung Dalam Tasik Di Padang Golf

Friday, October 14, 2011


KELIBAT seekor ikan jerung terdapat dalam tasik di Padang Golf Carbrook, Australia.
SYDNEY, Australia – Orang ramai yang bermain golf di Padang Golf Carbrook di bandar Brisbane tidak perlu mencari bola jika ia memasuki sebuah tasik kerana ia mengandungi ikan jerung.
“Pastinya, jika anda kehilangan bola, anda tentu tidak akan mengejarnya,” kataseorang pemain golf, Graham Casemore.
Padang golf itu dilanda banjir pada lewat 1990-an apabila Sungai Logan melimpah tebing.
Apabila banjir tersebut surut, tasik yang terletak di antara lubang ke-12 dan 15 itu didapati mengandungi ikan jerung.
Terdapat papan tanda amaran yang meminta orang ramai tidak berenang di tasik itu. – Reuters

Ayat Awek

Thursday, October 13, 2011



Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)


............................................................................................................................................
hahaha . kan da kena penampo . 

Suka blog ni !