headline photo
Showing posts with label rogol. Show all posts
Showing posts with label rogol. Show all posts

MURID TAHUN TIGA DIUPAH AYAM GORENG SELEPAS DIROGOL DATUKNYA

Thursday, October 13, 2011


Tidak serik dipenjara kerana kesalahan merogol, seorang datuk sanggup melakukan perbuatan sama terhadap cucunya yang juga murid tahun tiga dan masih bersekolah.
Lebih menyedihkan mangsa hanya diberi upah ayam goreng setelah suspek memuaskan nafsunya.
Mangsa dikatakan sering tidak ke sekolah menyebabkan gurunya bertanya tentang masalah yang dihadapinya.
Mangsa kemudiannya menceritakan apa yang berlaku dan guru berkenaan yang terkejut dengan pengakuan itu membawa mangsa menjalani pemeriksaan di hospital. Doktor menasihatkan supaya laporan polis dibuat.
Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada waris mangsa dan suspek datang ke balai polis bersama mangsa untuk membuat laporan polis dengan menuduh bapa mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Polis yang menjalankan siasatan ke atas datuk dan bapa mangsa berasa curiga lalu meminta mangsa menceritakan kisah sebenar. Barulah kanak-kanak itu mengaku dia diarahkan oleh datuknya untuk menuduh bapanya.
Setelah menjalankan siasatan terhadap datuk mangsa, akhirnya suspek mengaku melakukan perbuatan itu terhadap cucunya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum ini suspek pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol.
“Dia pernah menerima hukuman 12 sebatan dan dipenjarakan sebelum ini. Suspek juga baru dibebaskan dari penjara. Apa yang dilakukan oleh suspek adalah satu kesalahan serius dan kes akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – SH Utara

PELAKON FILEM AUSTIN POWERS BUNUH BANDUAN DALAM PENJARA


Seorang pelakon yang muncul dalam filem Austin Powers, Joseph Son dalam kes pembunuhan seorang banduan sebiliknya di sebuah penjara di California, kata beberapa pegawai pemulihan banduan kelmarin.
Son yang berusia 40 tahun kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana merogol secara beramai-ramai seorang wanita dalam kejadian yang berlaku pada 1990 lalu.
Aktor itu melakonkan watak salah seorang konco Dr. Evil yang bernama Random Task dalam filem Austin Powers: International Man of Mystery pada 1997.
Son turut berlakon dalam beberapa filem dan video lain pada tahun 1990-an.
Dia tiba di Penjara Negeri Wasco pada 16 September lalu untuk menjalani hukuman penjara itu.
Banduan yang mati itu merupakan seorang pelanggar parol yang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana gagal mendaftar diri sebagai pesalah seks.
Dia ditemui mati pada Isnin lalu di dalam bilik penjara yang dikongsi bersama Son.
Jurucakap Jabatan Pemulihan dan Hukuman, Terry Thornton berkata, kematian itu dianggap sebagai satu pembunuhan. – AP
Created of http://www.mummynemo.com/

Suka blog ni !