headline photo

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Tuesday, August 14, 2012



carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal

Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" 
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Rimau masih ingat, semasa berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan Rimau dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Rimau tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

ADELA BAKAL BERKAHWIN DENGAN KEKASIHNYA SIMON KONECKI DAN IMPIKAN 5 ORANG ANAK

Friday, March 9, 2012



 

PENYANYI Adele baru bercinta dengan Simon Konecki selama lima bulan. Bagaimanapun Adele nampaknya telah merancang sebuah hubungan yang lebih serius iaitu berkahwin. Malah dia telah merancang untuk melahirkan lima orang anak buat kekasihnya itu apabila mereka rasmi berkahwin nanti.

“Saya ingin lima anak dari Simon,” ujar salah seorang ahli keluarga Adele sambil meniru gaya percakapan penyanyi tersebut. Adele dikatakan mahu mempunyai lima orang anak kerana dia merupakan seorang anak tunggal.
Sumber tersebut juga mengatakan bahawa pasangan itu telah berbincang untuk membina sebuah keluarga bersama selain Adele sendiri didakwa telah merancang untuk berkahwin di Las Vegas sebelum hujung tahun ini.

“Saya percaya setiap pasangan yang bercinta memang akan membincangkan topik untuk berkahwin, begitu juga dengan Adele dan Simon. Mereka telah berbincang untuk berkahwin di Las Vegas sebelum hujung tahun ini dan mereka mahu segera memiliki cahaya mata,” tambah sumber tersebut lagi.
Sumber tersebut juga mengatakan bahawa Adele dan Simon kemudian menjadi malu sendiri kerana tidak menyangka mereka mempunyai keinginan yang sama iaitu memiliki keluarga yang besar.

Simon sebelum ini sudah pernah berkahwin dan memiliki anak. Walaupun dia bakal mengahwini seorang duda, Adele tidak melihat ia sebagai satu isu. Sebaliknya dia sangat gembira dan teruja untuk memiliki anak sendiri bersama Simon.
Write by : mummynemo

Sepi Tanpa Berita Ō_ō

Sunday, January 29, 2012

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia semua . Lamenye sy menyepi n xupdate blog . Terasa rindu yg terlampau kt blog nih . Maklum larh, sbelum nih sini aje tempat nak meluahkan sesuatu hajat or mende yg tergerak dlm hati nih nak merapu kan . Heehe ^_^

Sejak kembali kg halaman kat Kedah . Da jarang dapat peluang nak on9 . So tertangguh larh pelbagai ilham yg xseberapa tuh .

Otak pun da stuck nih . Xtahu nak melalut ape lagi . Need a few moments to back normal~ karat dah otak, lame xdigunakan utk mengarang ni . Hhuuurrmmmm . Need to recover my brain for a while !!!

Please support me yaa... Dha~ Love u all .
see next post ^_^

Tidur Dengan Kaki Berbau Menarik Perhatian Nyamuk !

Monday, January 2, 2012


Jika pergi ke hutan atau kawasan endemik penyakit berjangkit melalui nyamuk, pastikan agar kaki anda tetap bersih. Sebuah kajian mendapati, nyamuk yang menyebarkan penyakit lebih tertarik pada beberapa jenis bakteria yang tumbuh di kaki manusia.

Bakteria ini mengeluarkan bau yang sangat menarik bagi serangga sehingga meningkatkan risiko digigit nyamuk. Namun, sebahagian individu mempunyai perlindungan khusus terhadap berkembangnya pelbagai macam bakteria di kaki.

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal dalam talian Public Library of Science ONE, diharapkan dapat mencegah malaria dan serangga penyebar penyakit dengan menukar aroma badan.

Kajian Penulis, Dr Niels Verhulst, dari Wageningen University di Belanda menulis, "Senyawa yang menghalang pengeluaran mikrob aroma tubuh manusia, atau manipulasi mikrob di kulit boleh mengurangkan minat nyamuk untuk menggigit manusia," ujarnya dipetik Daily Mail.

Selama kajian, penyelidik mengambil sampel peluh dari telapak kaki 48 sukarelawan lelaki kulit putih dengan usia 20-64 tahun. Sebelum mula, peserta kajian diberitahu untuk tidak minum arak, makan bawang putih, bawang merah, makanan pedas, mandi atau menggunakan kosmetik wangi. Mereka juga diperintahkan untuk memakai stoking kaki nilon khas yang disediakan oleh pasukan penyelidik selama 24 jam sebelum pengambilan sampel.

Dalam siri percubaan, para penyelidik menguji daya tarikan sampel yang berbeza dengan Anopheles gambiae dari Liberia, Afrika, kawasan endemik malaria. Aroma kaki yang bau ternyata lebih menarik bagi nyamuk malaria Anopheles gambiae yang menjadi pembawa penyakit malaria.

Para Ilmuwan mendapati, nyamuk jauh lebih tertarik pada kaki dengan jumlah bakteria staphylococcus yang paling tinggi. Tiga jenis bakteria lain juga menarik serangga, sementara dua yang lain, iaitu Variovorax dan Pseudomonas, mempunyai kesan bertentangan dan menolak nyamuk.

"Kaitan antara penduduk mikrob di kulit dan daya tarik bagi nyamuk boleh digunakan membangunkan atraktan nyamuk yang baru dan kaedah perlindungan terhadap vektor malaria dan penyakit berjangkit lain," tulis saintis. Sumber asal kreadit : VIVAnews

KMB - Moralnya juga orang tua-tua dahulu sering kali berpesan dan menyuruh kita membasuh kaki terlebih dahulu sebelum tidur, ada sebabnya.. bukan sahaja kita tidak tidur didalam keadaan kotor serta mengelakan kita daripada gangguan mimpi yang buruk :) Paling penting juga bila kaki kita bersih pasti kita tidak digigit oleh nyamuk bawaan penyakit :)

Kaki yang ditumbuhi bakteri tertentu mengeluarkan bau yang menarik perhatian bagi nyamuk. Paling penting pastikan kaki kita telah dibasuh terlebih dahulu sebelum tidur :)

(VIDEO)TRAGEDI BERDARAH AWAL TAHUN 2012 DI UPSI

VIDEO DETIK CEMAS PERHIMPUNAN 1 JANUARI 2012 DI UPSI



Berdasarkan info yang diterima, seramai 17 orang mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) ditahan polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran di hadapan UPSI.

 

Kekecohan yang berlaku antara pihak polis dan sekumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.



Antara yang ditahan pada perhimpunan itu adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO, Kuala Lumpur.




(GAMBAR : Adam Adli di lokap IPD Tanjung Malim)


 



Untuk menonton video detik cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 di UPSI KLIK SINI


Created from : http://www.blogammar.com

Isu Demo UPSI : Polis Nafi Bertindak Keras

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.
 

- Polis Nafi Bertindak Keras -

TANJUNG MALIM 1 Jan. – Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi ini.


Sebahagian pelajar diarah baring ketika membuat demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, semalam.


Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.

“Seramai 67 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditugaskan seawal pukul 5 petang untuk mengawal keadaan di UPSI tanpa melibatkan mana-mana anggota polis dan FRU dari luar.

“Malah, polis juga cuba berunding dan menasihatkan kumpulan penuntut itu supaya bersurai namun tidak diendahkan. Saya ingin ulangi, polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap mereka,” katanya pada sidang akhbar di IPD Tanjung Malim hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan pelajar melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang berhimpun di UPSI sejak pukul 1 pagi ini.

Difahamkan, perhimpunan haram itu dibuat bagi membantah tindakan tatatertib yang diambil ke atas pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim yang menyertai demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya menahan seramai 17 pelajar termasuk seorang pelajar perempuan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk bersurai.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Sumber : Utusan

Lamanyaaa

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum w.b.t

Lama xdpt update blog . Keadaan skeliling yg sibuk tanpa diduga sketika nih . So berehat sbentar dari mengupdate blog . Rindu rasanya ...

Maaf yaa . If ade peluang nnti sy akan update . Banyak agenda yg brlaku . Semoga bertemu kembali yaa . Wassalam...

Suka blog ni !