Assalmualaikum w.b.t Sebelum tido ni tringin nk update blog plak kan . bkn slalu pun duk karang nih . hehe Malam ni agak bosan laaa jugak sebab ramai housemate blk kampung . So xtahu nak buat ape . Da abis study td , simpan2 barang . buka radio hitz . Now time to sleep ;) Good Night . see yaa . ::Peace::
Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati
Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.
“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.
“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.
Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.
Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".
Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan
Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.
Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.
Blackmores - 2D1N in Singapore
assalamulaikom w.b.t
mR iZzo baru jer join satu contest ni..senang jer..
Blackmores Our Best Moment namanya..
nk join jugak? senang jer..
1. sing up
2. upload gambar
3. hias gambar anda n publish
senang je kn? mn la tahu ada rezeki..cuba je..hehe
support Mr Izzo ya kawan2 ku semua..(^^,)
buka SiNi dan pegi ke page 3, like photo sy ei...
pleaseeeeeeeeeeeeee like...(^_^) buat muka comel skit..hehe
like kan ei..
hanya 3 step mudah untuk join |
tolong like gambar yg dalam bulatan merah tu ye..pleaseeee (^^,) |
like ei, like laaa.. pleaseeeee.. (^^,) |
Pengorbanan Seorang Ibu
This is a true story of Mother’s Sacrifice during the China Earthquake. After the Earthquake had subsided, when the rescuers reached the ruins of a young woman’s house, they saw her dead body through the cracks. But her pose was somehow strange that she knelt on her knees like a person was worshiping; her body was leaning forward, and her two hands were supporting by an object. The collapsed house had crashed her back and her head. With so many difficulties, the leader of the rescuer team put his hand through a narrow gap on the wall to reach the woman’s body. He was hoping that this woman could be still alive. However, the cold and stiff body told him that she had passed away for sure. He and the rest of the team left this house and were going to search the next collapsed building. For some reasons, the team leader was driven by a compelling force to go back to the ruin house of the dead woman. Again, he knelt down and used his had through the narrow cracks to search the little space under the dead body. Suddenly, he screamed with excitement,” A child! There is a child! “ The whole team worked together; carefully they removed the piles of ruined objects around the dead woman. There was a 3 months old little boy wrapped in a flowery blanket under his mother’s dead body. Obviously, the woman had made an ultimate sacrifice for saving her son. When her house was falling, she used her body to make a cover to protect her son. The little boy was still sleeping peacefully when the team leader picked him up. The medical doctor came quickly to exam the little boy. After he opened the blanket, he saw a cell phone inside the blanket. There was a text message on the screen. It said,” If you can survive, you must remember that I love you.” This cell phone was passing around from one hand to another. Every body that read the message wept. ” If you can survive, you must remember that I love you.” Such is the mother’s love for her child!!
Labels:
berat,
sedih
0
comments
Petua Memutihkan Gigi
Perasan tak ada orang tu giginya nampak kuning je walaupun hari2 dia gosok gigi? Kesian kan? Apa kata cuba petua2 kat bawah ni. Manalah tahu boleh membantu memutihkan semula gigi tu.
- Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
- Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
- Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
- Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
- Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
- Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.
- Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi.
- Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK yang amat memalukan dan berbau busuk.
Labels:
ilmu,
nasihat
0
comments
35 petua belajar dari DR fadzilah kamsah
Haaa . skarang kan da start musim2 exam nih kan . So aku nak kongsi laaa serba sdikit sal petua2 dari Dr Fadzilah Kamsah nih . (^_^)

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10% apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji:
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Labels:
ilmu,
makan,
nasihat
0
comments
5 Syarat Untuk Buat Maksiat
Labels:
ilmu,
nasihat,
tazkirah
2
comments
Wujud Adegan Hina Rasulullah SAW Dalam Hantu Bonceng
Suka blog ni !
Followers
Post Terbaru
Mutiara Kata Minggu Ini
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."
sembang-sembang
Labels
Blog Archive
-
▼
2011
(71)
-
▼
September
(16)
- Selamat Malam
- Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati
- Blackmores - 2D1N in Singapore
- Pengorbanan Seorang Ibu
- Petua Memutihkan Gigi
- 35 petua belajar dari DR fadzilah kamsah
- 5 Syarat Untuk Buat Maksiat
- Wujud Adegan Hina Rasulullah SAW Dalam Hantu Bonceng
- Aku Perlukan Lebih Masa
- Renungkan
- Rakyat Malaysia diminta hayati slogan 1Malaysia - ...
- Bersantai
- Indah CiptaanNya
- Berjaya
- Di Pagi Raya
- Bermula
-
▼
September
(16)