headline photo

Baik Pulih

Monday, October 24, 2011

Assalamualaikum w.b.t

salam 1 Malaysia ^_^

maaf ye . xsempat nak blog walking harini . nak baikpulih blog jup . xtahu nak buat camne : ) tp nak tukar gak . hehe

Doakan blog nih jadi lebih ceria ok . Thankz sesape yg dtg melawat . ^_^

::Peace::

Malu untuk Berbogel, Tapi Tak Malu untuk Berpakaian Berbogel (Pakaian Mendedah Aurat)




Seumur hidup aku, rasanya tak pernah lagi kalau aku pergi ke shopping complex, aku tak nampak perempuan seksi. Kalau aku tak nampak, mungkin aku lupa sebab masa tu aku kecik lagi. Menjengah dewasa ni, tanpa gagal aku pasti akan nampak perempuan seksi di shopping complex.

Kalau yang kafir tu, kita sedia maklumlah. Tapi, walau sedia maklum macam mana pun, lelaki yang tak gay, goyah juga imannya. Yang tak boleh terima tu, wanita-wanita muslim tu. Berpakaian ketat, sendat yang mungkin membuatkan nafas tersekat-sekat. Mungkin nafas si pemakai pakaian ketat tu tersekat-sekat sebab pengaliran udara tak baik. Si lelaki yang tengok pun boleh jugak mengalami nafas tersekat-sekat sebab gelojak nafsu yang mencanak-canak.

Apa yang perlu kita fokuska adalah, 'ada baiknya' perempuan-perempuan jenis ini terus berbogel saja apabila keluar rumah. Yalah, mereka sebenarnya telahpun mempamerkan segala aset tubuh mereka tak kira bentuk kaki, tangan, badan, buah dada, dan punggung. Mereka cuma membalut aurat saja, bukan menutup aurat. Tapi, apabila disarankan berbogel, pasti mereka malu!

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” [HR Muslim no. 3971] Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” [Al-Muwatta’, no. 1421]

Inilah kekeliruan yang membunuh. Mereka malu untuk berbogel apabila keluar rumah, tapi mereka tidak malu untuk BERPAKAIAN TETAPI BERBOGEL. Inilah akibatnya apabila anasir-anasir jahat daripada kaum kafir dengan mudah menerobos dalam kehidupan masyarakat hari ini. Apa saja fesyen yang diperkenalkan hari ini, umat Islamlah yang rata-rata menjadi 'pendokong' kepada fesyen itu.

Kemudian, apabila masyarakat mula sedar akan hakikat penutupan aurat, mereka cipta pula fesyen-fesyen yang nampak islamik. Dikenakan tudung pula. Tapi yang lainnya semua ketat-ketat belaka sehingga menyebabkan sang lelaki tak tentu hala. Tak kurang juga mereka membuat fesyen jubah terkini. Kononnya jubah tersebut adalah pakaian muslimah. Tapi ternyata jubah tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Allah SWT. Contohnya jubah ketat yang menampakkan bentuk dan potongan badan. Fesyen islamik kah ini?

Kepada yang suka berpakaian tetapi berbogel, 'ada baiknya' anda hanya berbogel saja apabila keluar rumah. Anda tidak perlu lagi untuk membeli pakaian yang mahal-mahal. Dan anda juga sebenarnya telahpun menayang aset anda secara percuma. Cuma, anda BALUT saja dengan pakaian ketat tu. 'Apa salahnya' anda terus berbogel saja? Senang bukan? Sebab anda tidak malu untuk berpakaian ketat! Kalau tak malu untuk berpakaian ketat, kenapa nak malu pulak apabila disarankan berbogel saja?

Inilah masalah umat yang sangat kronik. Masalah ini hanya dipandang sepi oleh pemerintah. Tiada hukuman dikenakan ke atas 'pembogel-pembogel'ini. Tapi pemerintah kita cukup sibuk menangkap orang yang berdakwah atas alasan mereka adalah ekstrimis, berdakwah tanpa tauliah, dan sebagainya. Apa lagi yang diharapkan daripada pemerintah yang meminta bala daripada Allah SWT ini? Mereka sibuk menangkap dan mengganggu golongan yang menggoyang kedudukan mereka, tetapi tidak sibuk untuk menerapkan hukum-hakam Allah.

*Kepada lelaki, tak bermakna aurat kita ciput, kita boleh sesuka hati dedahkan aurat. Lebih-lebih lagi masa bersukan. Kalau lelaki tengok aurat perempuan nafsu mencanak-canak, tak mustahil bagi perempuan untuk berlaku perkara yang sama.

created by amirulhafizin.blogspot.com

Jom Minom ^_^

Friday, October 21, 2011







Assalamualaikum w.b.t


Pagi2 lagi da terasa lapar smacam jee . So ak bersama-sama kwn srumah pergi laaa sarapan kat luar . Biasa laaa, pagi2 nih malas skit nak masak sendiri : ) .  Cari punya cari, xde kedai yg buka sebab harini kan ari jumaat . hehe . Terlupa plak . So, pergi sarapan kat McD je laaa jawabnye . 

Da slesai mkn smua . Blk umah plak lah . huhu . Yg bestnye sempat lagi rembat gula n creamer McD . Sebab refill kopi tuh bwk blk umah . Hehe . Ak bayar kan, so menda ni xsalah laaa kan :)

Sempat snap pic kopi n gula jew . Makanan yg lain smua da dlm perut . hehehe




Gula n creamer yg di rembat  :D






Cara2 menyediakan Kopi Susu dgn betul . ^_^


Then siaplah Kopi yg berkhasiat . huhu . Jom minum smua...

Tak Perlu Kata Apa2...Senyum~

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Malaysia...

Haaa . Bertemu smula . Bosan2 pagi ni kan . Ak pun usha2 laaa pic yg mnarik minat ak . Boleh plak ak terjumpa pic nih . Ak pun xtahu laaa spe tuan empunya diri kan . Tp, mmg tuah idup dia laa kut noh . Huhu . 

Rasanya dia nih tokey petai kut . Mmg hebat laa dia nih kan . Jual petai je , tp tgk ah . Naik Skyline . Ko giler ! hahaha . Rezeki2 . 


Nak kata apa pun xmampukan . Rezeki si penjual petai :D 

Petai byk2 mcm nih . Buat sambal petai sodap neyh . Hahaha . Nak kata pa lagi ? Kau ada mcm ni ke ? :)

Terengganu VS Selangor

Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum

Slamat malam smua . mlm nih tgk bola jee kat tv1 jee . Terengganu lawan Selangor . 2-0 .
Permainan Terengganu agak menarik mlm nih . awal2 lagi da sumbat gol . Terbaik .

Mmg bising laaa umah ak . Ramai bdak ganu kan . huhu

Simpati pulak ak tgk dak2 slangor nih . Sedih je kena nganjing ngan dak2 ganu . Byk2 sabo weh . Tahun depan ada g . hahaha

Mukjizat Azan

Monday, October 17, 2011


Pesanan Semasa Mendengar Azan…
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sekadar Peringatan Kepada Yang Memakai Cincin Ketika Bermain Bowling

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni nak kongsi sikit sal kejadian yg kita xduga . Kepada sesape yang suka main bowling tuh, tgk nih sebagai ikhtibar . Ni laaa akibat main bowling dengan memakai cincin . Ak tgk pun da seram nih . 




So, kalau nak main bowling tu beringat larh . Jangan nak seronok jee sampai lupe tentang keselamatan diri kita yaa . 

::Peace:: 



Suka blog ni !