Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia semua . Lamenye sy menyepi n xupdate blog . Terasa rindu yg terlampau kt blog nih . Maklum larh, sbelum nih sini aje tempat nak meluahkan sesuatu hajat or mende yg tergerak dlm hati nih nak merapu kan . Heehe ^_^
Sejak kembali kg halaman kat Kedah . Da jarang dapat peluang nak on9 . So tertangguh larh pelbagai ilham yg xseberapa tuh .
Otak pun da stuck nih . Xtahu nak melalut ape lagi . Need a few moments to back normal~ karat dah otak, lame xdigunakan utk mengarang ni . Hhuuurrmmmm . Need to recover my brain for a while !!!
Please support me yaa... Dha~ Love u all .
see next post ^_^
Sepi Tanpa Berita Ō_ō
Sunday, January 29, 2012
Posted by
messy
at
5:01 AM
Labels:
kampung halaman,
kembali,
kenangan,
rindu
0
comments
Tidur Dengan Kaki Berbau Menarik Perhatian Nyamuk !
Monday, January 2, 2012
Posted by
messy
at
11:22 AM
Jika pergi ke hutan atau kawasan endemik penyakit berjangkit melalui nyamuk, pastikan agar kaki anda tetap bersih. Sebuah kajian mendapati, nyamuk yang menyebarkan penyakit lebih tertarik pada beberapa jenis bakteria yang tumbuh di kaki manusia.
Bakteria ini mengeluarkan bau yang sangat menarik bagi serangga sehingga meningkatkan risiko digigit nyamuk. Namun, sebahagian individu mempunyai perlindungan khusus terhadap berkembangnya pelbagai macam bakteria di kaki.
Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal dalam talian Public Library of Science ONE, diharapkan dapat mencegah malaria dan serangga penyebar penyakit dengan menukar aroma badan.
Kajian Penulis, Dr Niels Verhulst, dari Wageningen University di Belanda menulis, "Senyawa yang menghalang pengeluaran mikrob aroma tubuh manusia, atau manipulasi mikrob di kulit boleh mengurangkan minat nyamuk untuk menggigit manusia," ujarnya dipetik Daily Mail.
Selama kajian, penyelidik mengambil sampel peluh dari telapak kaki 48 sukarelawan lelaki kulit putih dengan usia 20-64 tahun. Sebelum mula, peserta kajian diberitahu untuk tidak minum arak, makan bawang putih, bawang merah, makanan pedas, mandi atau menggunakan kosmetik wangi. Mereka juga diperintahkan untuk memakai stoking kaki nilon khas yang disediakan oleh pasukan penyelidik selama 24 jam sebelum pengambilan sampel.
Dalam siri percubaan, para penyelidik menguji daya tarikan sampel yang berbeza dengan Anopheles gambiae dari Liberia, Afrika, kawasan endemik malaria. Aroma kaki yang bau ternyata lebih menarik bagi nyamuk malaria Anopheles gambiae yang menjadi pembawa penyakit malaria.
Para Ilmuwan mendapati, nyamuk jauh lebih tertarik pada kaki dengan jumlah bakteria staphylococcus yang paling tinggi. Tiga jenis bakteria lain juga menarik serangga, sementara dua yang lain, iaitu Variovorax dan Pseudomonas, mempunyai kesan bertentangan dan menolak nyamuk.
"Kaitan antara penduduk mikrob di kulit dan daya tarik bagi nyamuk boleh digunakan membangunkan atraktan nyamuk yang baru dan kaedah perlindungan terhadap vektor malaria dan penyakit berjangkit lain," tulis saintis. Sumber asal kreadit : VIVAnews
KMB - Moralnya juga orang tua-tua dahulu sering kali berpesan dan menyuruh kita membasuh kaki terlebih dahulu sebelum tidur, ada sebabnya.. bukan sahaja kita tidak tidur didalam keadaan kotor serta mengelakan kita daripada gangguan mimpi yang buruk :) Paling penting juga bila kaki kita bersih pasti kita tidak digigit oleh nyamuk bawaan penyakit :)
Kaki yang ditumbuhi bakteri tertentu mengeluarkan bau yang menarik perhatian bagi nyamuk. Paling penting pastikan kaki kita telah dibasuh terlebih dahulu sebelum tidur :)
(VIDEO)TRAGEDI BERDARAH AWAL TAHUN 2012 DI UPSI
Posted by
messy
at
7:53 AM
VIDEO DETIK CEMAS PERHIMPUNAN 1 JANUARI 2012 DI UPSI
Berdasarkan info yang diterima, seramai 17 orang mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) ditahan polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran di hadapan UPSI.
Kekecohan yang berlaku antara pihak polis dan sekumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.
Antara yang ditahan pada perhimpunan itu adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO, Kuala Lumpur.
(GAMBAR : Adam Adli di lokap IPD Tanjung Malim)
Untuk menonton video detik cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 di UPSI KLIK SINI
Created from : http://www.blogammar.com
Isu Demo UPSI : Polis Nafi Bertindak Keras
Posted by
messy
at
6:31 AM
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.
- Polis Nafi Bertindak Keras -
TANJUNG MALIM 1 Jan. – Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi ini.
Sebahagian pelajar diarah baring ketika membuat demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, semalam.
Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.
“Seramai 67 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditugaskan seawal pukul 5 petang untuk mengawal keadaan di UPSI tanpa melibatkan mana-mana anggota polis dan FRU dari luar.
“Malah, polis juga cuba berunding dan menasihatkan kumpulan penuntut itu supaya bersurai namun tidak diendahkan. Saya ingin ulangi, polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap mereka,” katanya pada sidang akhbar di IPD Tanjung Malim hari ini.
Beliau mengulas tindakan sekumpulan pelajar melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang berhimpun di UPSI sejak pukul 1 pagi ini.
Difahamkan, perhimpunan haram itu dibuat bagi membantah tindakan tatatertib yang diambil ke atas pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim yang menyertai demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya menahan seramai 17 pelajar termasuk seorang pelajar perempuan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk bersurai.
Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.
Sumber : Utusan
Lamanyaaa
Thursday, December 29, 2011
Posted by
messy
at
4:49 AM
Assalamualaikum w.b.t
Lama xdpt update blog . Keadaan skeliling yg sibuk tanpa diduga sketika nih . So berehat sbentar dari mengupdate blog . Rindu rasanya ...
Maaf yaa . If ade peluang nnti sy akan update . Banyak agenda yg brlaku . Semoga bertemu kembali yaa . Wassalam...
Labels:
Maaf,
sibuk
0
comments
10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang
Thursday, December 1, 2011
Posted by
messy
at
5:18 AM
sekadar hiasan |
Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan.
Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!!!
Kurang Memberi Perhatian Terhadap Diri Anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.
Menghabiskan Masa Banyak Ditempat Kerja- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.
Tidak Berminat Dengan Persekitaran Dirumah- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.
Bau- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.
Perubahan Gaya Hidup Secara Mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.
Menjawab Panggilan Telefon Secara Sembunyi- Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.
Melayari Internet Sehingga Tengah Malam- Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.
Perubahan Terhadap Hubungan Intim- Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.
Bil Pembayaran Yang Luar Biasa- Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.
Tidak Memakai Cincin Yang Diberikan- Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu ....
Kitar Semula Terlampau : Kitar semula kumbahan manusia untuk Gas Masak
Monday, November 28, 2011
Posted by
messy
at
10:24 AM
Dapur di penjara Nsinda,Rwanda di Afrika memperolehi gas secara percuma untuk memasak makanan buat hampir 8,000 penghuninya.Gas itu di perolehi daripada beberapa buah tandas yang menyalurkan kumbahan para penghuni penjara ke sebuah pusat memprosesan bawah tanah selain dari kandang lembu.
Sebelum ini ,dapur di penjara itu menggunakan kayu api yang melibatkan kos tinggi.
Apakah anda sanggup menggunakan Gas Masak macam di penjara di Rwanda tu ?
Labels:
Kumbahan,
penjara
2
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Suka blog ni !
Followers
Post Terbaru
Mutiara Kata Minggu Ini
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."
sembang-sembang
Labels
1 januari 2012
(1)
adam adli ditahan polis
(1)
Adele's Wedding
(1)
alamak toyol
(1)
angry bird
(1)
azan
(1)
baikpulih
(1)
berat
(4)
bercinta
(1)
Berita Dalam Negara
(1)
bijak
(1)
bodoh
(1)
bogel
(1)
bola golf
(1)
bosan
(5)
Bowling
(1)
bunuh
(1)
cara penjagaan payudara
(1)
cincin
(1)
cinta
(1)
Demonstrasi Mahasiswa UPSI
(1)
Demonstrasi UPSI
(1)
depavali
(1)
desa
(1)
elektronik
(2)
exam
(5)
filem alamak toyol
(1)
final
(2)
final projek
(3)
gagal rawatan kecantikan
(1)
golf
(1)
hidung mancung
(1)
ikan jerung
(1)
ikan jerung di padang golf
(1)
ilmu
(8)
impi payudara yang seksi
(1)
JAKIM
(1)
jalan-jalan
(2)
jari berdarah
(1)
Kaki berbau menarik perhatian nyamuk
(1)
kampung halaman
(2)
kawan
(4)
kek
(1)
kek angry bird
(1)
kekasih
(1)
kekasih Adele
(1)
kekasih curang
(1)
kembali
(1)
kemenangan malaysia
(1)
kenangan
(2)
kesabaran
(4)
keselamatan
(1)
kondom
(1)
kopi susu
(1)
Kumbahan
(1)
lawak
(2)
letih
(5)
Maaf
(1)
makan
(6)
malaysia
(2)
malaysia menang
(1)
malu untuk bogel
(1)
McD
(1)
McDonald
(1)
memekak
(3)
menari
(1)
menarik
(6)
menarik tentang wanita
(1)
menunggu
(1)
meronda
(1)
MIG
(1)
Mitos kondom
(1)
nasihat
(5)
Nyamuk
(1)
pelakon alamak toyol
(1)
Pendidikan
(1)
pengetahuan
(3)
penin
(2)
Penjagaan payudara dengan betul
(1)
penjara
(1)
perut
(1)
petai
(1)
petanda pasangan anda curang
(1)
pokok besar
(1)
Polis nafi bertindak keras terhadap mahasiswa demo UPSI
(2)
ponteng
(1)
projek
(2)
PSMZA
(1)
pulang
(2)
rawatan kecantikan
(1)
rindu
(2)
Risiko digigit nyamuk
(1)
rogol
(2)
rumah dalam pokok
(1)
rumah pokok
(1)
sedih
(5)
sekolah
(1)
senaman
(3)
seram
(1)
seronok
(14)
siapa adam adli?
(1)
sibuk
(1)
Simon Konecki
(1)
sinopsis alamak toyol
(1)
skyline
(1)
soronok
(1)
study
(5)
tanda-tanda kekasih curang
(1)
tasik
(1)
tazkirah
(3)
tragedi berdarah 1 januari 2012
(1)
tutup aurat
(1)
video detik cemas di upsi
(1)
Wanita
(1)