headline photo

10 Tip Memilih Cinta Terbaik...

Friday, December 10, 2010



<3 Jangan memilih hanya kerana rupa , pangkat dan harta tetapi pilihlah kerana hati kamu benar-benar sukakannya.

<3 Cinta tidak dapat dipegang dan dilihat tetapi dapat dirasa melalui hati yang ikhlas. 'Tanya sama hati siapa didalamnya...'

<3 Tidak salah sekiranya kamu memilih seseorang itu kerana rupanya tetapi jangan mengharap dia setamapan dan secantik model terkenal sedangkan kamu tidaklah sehebat mana. Cukuplah kalau sekadar sedap mata memandang .

<3 Andainya kamu memilih cinta berdasarkan harta harus diingat harta didunia hanya pinjaman semata-mata. Bila-bila masa ianya akan ditarik balik dan fikirkanlah akan jadi andai kamu tertipu kerana kekayaannya.

<3 Ada juga di antara kita yang memilih untuk memiliki hak orang lain. Sebaiknya elakkanlah dari bersifat demikian. Kita mungkin bersedia untuk menjadi yang kedua tetapi percayalah tidak ada orang yang sanggup menjadi yang pertama kerana dia mahu menjadi satu-satunya di hati insan yang dicintainya.

<3 Sekiranya kamu dibariskan dengan beberapa pilihan kriteria yang pertama kamu harus utamakan adalah siapa yang paling menyayangi dan sanggup bersusah untuk kamu. Cintailah orang yang amat menyayangi kamu dari orang yang hanya kamu sahaja cintakannya sedangkan dia hanya menganggap kamu sebagai peneman hidup semata-mata.

<3 Elakkan dari memilih untuk bersama dengan orang yang tidak tahu menghargai kamu misalnya dipukul , dihina , dan tidak pernah tunjukkan kasih sayangnya. Biarlah kamu kehilangannya dari kamu kehilangan maruah dan harga diri. Cinta adalah sesuatu yang membahagiakan bukan menyakitkan.

<3 Yakin dengan pilihan yang telah dibuat dan jangan berubah semata-mata merasakan ada yang lebih baik. Sentiasa percaya setiap orang ada kelebihan dan kelamahan masing-masing.

<3 Sekiranya kamu ditetapkan mengikut pilihan ibu bapa usahlah bimbang kerana setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Jadi andainya kamu masih belum bertemu cinta yang dicari tidak salah kalau kamu menerima cadangan dari keluargamu.

<3 Jangan tertipu dengan keindahan luaran seseorang sahaja kerana apa yang lebih penting adalah dalamannya misalnya berbudi bahasa , bersopan santun , mudah simpati dan tidak pernah mengeluarkan bahasa-bahasa yang menyakitkan hati.


(nie dr buku segalanya cinta 1...2...3 manual untuk jatuh cinta)

0 comments:

Suka blog ni !